Selasa, 23 November 2010

batu syurga...


waktu kaabah banjir...

gambar kaabah sewaktu ketika dahulu


kecil sahaja ruang untuk solat pada zaman dahulu kala..
Assalamualaikum...

teringin rasa ingin bercerita mengenai.. hajarul aswad.. ^^. melonjak-lonjak perasaan ingin mencium batu syurga tersebut.. ^^, insyaALLAH sekiranya mempunyai rezeki.

Menurut sejarahnya, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais.
Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama - kelamaan menjadi hitam
sebab disentuh oleh orang - orang musyrik. Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya
cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi
wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :" Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam ) menyebabkannya menjadi hitam " .


hajarul aswad..dahulu kala

Riwayat Ahmad dan Turmizi Hajarul Aswad adalah sepotong batu yang berasal dari syurga.
Warna asalnya adalah lebih putih daripada susu. Dikatakan ia menjadi hitam kerana luruhnya
dosa manusia yang mengucupnya. Pelbagai peristiwa sejarah dilalui oleh Hajarul Aswad.
Hinggalah ke hari ini yang masih tinggal daripada Hajarul Aswad adalah sebanyak lapan
kepingan sebesar biji tamar yang diikat pada lilin yang dicampur kasturi di dalam lingkungan
perak. Sesiapa yang ingin mengucupnya hendaklah meletakkan mukanya ke atas kepingan itu.
Mencium Hajarul Aswad adalah sunnah, tetapi menyakiti orang lain atau menyakiti diri sendiri
adalah terlarang. Oleh sebab itu, dalam hal mencium Hajarul Aswad ini kita tidak boleh terlalu memaksakan diri dalam keadaan yang penuh sesak terutama bagi kaum wanita. Selain
membahayakan tubuh badan, ianya selalu mendatangkan perlengkaran atau melanggar
aturan hubungan antara lelaki dan perempuan yang tidak halal. Perhatikanlah keterangan
di bawah ini:





Ada juga diriwayatkan, bahawa Ummul Mukminin `Aaisyah رضي الله عنها berkata kepada seorang perempuan: Janganlah engkau berasak-asak di Hajarul Aswad, kalau engkau lihat kosong maka beristilamlah, dan kalau engkau lihat penuh sesak dengan manusia maka bertakbirlah dan bacalah " لاإله إلا الله " apabila engkau sejajar dengannya dan janganlah menyakiti seseorang. (Lihat Fiqh Sunnah jilid I hal. 595). Golongan wanita hendaklah menjauhkan diri dari berhias dan memakai bau-bauan dan sebolih-bolihnya hendaklah elakkan diri berasak –asak dengan kaum lelaki kerana ini bolih menimbulkan fitnah lebih-lebih lagi berada ditempat yang suci. Hadis Saidina Umar bin al-Khattab r.a: Saidina Umar bin al-Khattab r.a pernah mengucup Hajarul Aswad. Kemudian dia berkata: Demi Allah! Aku tahu kamu hanyalah seketul batu. Sekiranya aku tidak melihat sendiri Rasulullah s.a.w mengucupmu, pasti aku tidak akan mengucupmu.



Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Ka’Bah ) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.





Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya



sumber:http://hajarulaswad-rawiyah.blogspot.com/

alangkah indah.... ^^. apabila berada betul2 dihadapan batu syurga ini..

1 comments:

Unknown berkata...

here are the findings replica designer backpacks navigate to this website replica bags from china like this luxury replica bags

Related Posts with Thumbnails