Khamis, 4 November 2010

masa berlalu..satu saat..tik tik tik tik.. 4 saat..6, 8, satu minit, satu jam, satu hari.................. setahun!!!!




ASSALAMUALAIKUM...

masa berlalu... tik tik tik tik.. 4 saat..6, 8, satu minit, satu jam, satu hari.................. setahun!!!! cepatnya.. ya ALLAH!!! apakah kebaikan yg telah aku buat kepadaMU.. adakah segala kemungkaran telah aku tinggalkan?? kemungkinan.. selepas satu saat ini.. atie pula yang akan menyusul.. semuanya tertulis dalam takdir hidup, yg ALLAH sahaja tahu! ya! ALLAH sahaja tahu.. sesungguhnya org mengingati mati itu adalah bijak.. takut mati! bijak! sebab mereka akan bersedia!! bersediakah anda?? bersedia atau tidak..anda, jika masa itu datang.. anda tidak boleh meminta masa diberhentikan! tidak boleh! tidak boleh! sekali lagi, tidak boleh!!!!! kun fayakun..maka jadilah apa yg ALLAH minta.. nauzubillah..



takutkan sahabat2 yg tercinta?? takut! takut sahaja tidak guna.. tak guna. dan tak guna.. marilah kawan2 kita bersedia.. yg menanti akhirat nanti.. akhirat yg kekal. akhirat yg hakiki...

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."




dimana sahabat2 yang kamu mahukan? dimana? adakah di nom 4? adakah kita mampu? ya.. demi ALLAH. kita semua boleh!! cintai ALLAH sedalam-dalam hatimu.. ALLAH! ALLAH! cinta yg satu..

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

ya saya mahukan ini! mahukan!!! usaha? mana usaha kamu? mana keikhlasan kamu?? kemanisan syurga hanya dapat dirasa bagi orang yang telah bermati-matian ibadah kerana ALLAH!



teringinkan nak mati syahid? impian! jadikan ia sebagai impian...

Mati syahid terbahagi kepada dua, iaitu syahid dunia dan syahid akhirat. Syahid dalam kategori ini diberi kepada syuhada iaitu orang yang berperang melawan orang kafir bagi menegakkan agama Allah dengan niat ikhlas. Mereka tidak wajib dimandi dan juga tidak wajib disembahyangkan dan dikafankan dengan pakaian yang dipakai dengan berlumuran darahnya serta dikebumikan. Syahid dunia ialah orang yang mati dengan cara menerima musibah atau kesusahan seperti melahirkan anak, mati dibunuh, mati lemas, mati mengejut dan sebagainya. Orang yang mati dengan cara begini hendaklah dimandi, dikafankan, disembahyang dan dikebumikan.




muhasabah diri!!! muhasabah! istiqomah..

buat renungan...



wassalam

4 comments:

azwa amani berkata...

best entry nie...akak...ade sesuatu di blog awin tuk kak atie....nanti tgok lah yerr

di sebalik wajahku.. berkata...

terima kasih awin. t akak wat

Pencacai Alim berkata...

suke aku baca

di sebalik wajahku.. berkata...

terima kasih

Related Posts with Thumbnails