Isnin, 8 November 2010

Ilmu tambahan..

Assalamualaikum...

diharapkan semuanya Alhamdulillah.. sentiasa dikurniakan kesihatan oleh Allah yg begitu pemurah. Arinie nak memperkenalkan kepada anda istilah2 baru dan ilmu tambahan.. ^^. em, saya tahu pon dr hamba2 Allah disekeliling. mungkin yg dah tahu takpela.. yg belum. tambahkan ilmu anda ye.


rahsia ALLAH

halal dah! ^^.

1. Nikah khitbah
Sy pernah saja2 bertnya kepada sahabat2 di formspring yg berkait dgn nikah khitbah.. ada yg menjawab ape itu?? jd saya rasa perlu..ilmu ini didedahkan.. Nikah khitbah itu ialah kawin pada usia muda, tapi duduk berjauhan. Jalani hidup seperti biasa. Jangan bersetubuh lagi, tapi kalau terlanjur tak jadi dosa. Jangan bercita-cita untuk punya anak lagi, tapi kalau termengandung, tiada masalah. (pinjam ayat cik IQbal)
em. tapi jangan buat mudah perkara ini..
Rasulullah SAW ada bersabda: “Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri, dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu baginya adalah benteng.” (Muttafaq ‘Alaih).

"Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal..."

untuk menambah ilmu yg lebih +++ sila rujuk link ini. insyaALLAH bermanfaat :klik sini

2. Tarbiyah
Tarbiyah ni ala2 pendidikan.. tapi ni bahasa arab.. tapi kalau lebih tepat ialah, “Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik”.
(Dalam buku Manhaj Tarbiyah ‘indal Ikhwanul Muslimin)

kadangkala kita perlu mentarbiyah kan diri sendiri serta rakan2. kat side tepi blog saya ade web2 yg mampu mentarbiyahkan anda. gunakan sebaik yg mungkin. dalam Langit Ilahi pon ade sebut pasal tarbiyah. klik sini

3. Mutabaah
Menurut seorang sahabat dunia akhirat saya. Ia adalah amalan harian berbentuk sunat. contoh : qiam, mathurat, dhuha. di bawah kategori, amalan2 tambahan. try2 mensearch.. jumpa. kalau nak tahu lebih mendalam. klik sini

4. Ikhtilat
Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari. em, dlm i luv ISLAM ade membuat artikel mengenai ini. sahabat kita pon ade membuet entry mengenai ikhtilat.. klik 1 klik 2.

5. Tulang manusia manakah yang tidak hancur?
bila diajukan soalan ini diformspring saya. saya pelik. ade ke tulang yg tak hancur.. ingat bila dah duk sorang2 dlm tu.. dikambus pula dengan tanah. ditanam sedalam 5 kaki.. semuanya akan reput. rupa-rupanya ada satu yg tidak. tulang ekor (coccyx) kita. atau nama lainnya Ajbu Dzanab.

* Dari Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda, “Seluruh anggota tubuh manusia akan musnah dimakan tanah, kecuali TULANG EKOR. Dari tulang itulah manusia akan dibentuk dan diciptakan kembali”.
* Dalam riwayat lain, dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: ”Dalam tubuh manusia terdapat sebuah tulang yang tidak akan dimakan tanah selama-lamanya. Dari tulang itulah manusia akan dibentuk kembali pada hari kiamat kelak. Para sahabat bertanya,”Tulang apakah itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab, “Itulah tulang ekor. “

6. Bahagian anggota kepala nabi adam dibuat dr tanah kawasan mana di dunia ini?
Tanah Baitul Muqaddis jawapannya.. nak tambah ilmu lagi. klik sini

7. Sungai apa yang banyak kuantiti air di dunia..
saya jawab sungai nil.. hehehe. salah. Sungai Mississippi.


itu jela yg dapat atie kongsikan pada hari ini.. ^^.

wassalam

3 comments:

Bijen M. berkata...

Nice!
Thanks share.

Unknown berkata...

Oh ya, masa saya tulis pasal nikah khitbah tu..ada orang komen, kata saya berfikiran singkat. Saya rasa dia tak baca artikel ini kot.

http://iqbalsyarie.blogspot.com/2010/09/saya-bakal-bertunang.html

Jadi saya nak share juga. Bukannya nikah khitnah itu utk menghalalkan zina, cuma ia satu anjuran untuk memudahkan pernikahan.

Apapun, terima kasih. Secara tak langsung, saya belajar banyak benda dari artikel ini :)

Post-post menarik.
Allah wujud ke?

Allah Sangat Baik. Setuju?

di sebalik wajahku.. berkata...

^^. sama2 semua..
kadang2 kan. em.. bg yg tulis post yg mmpunyai agama yg tinggi mereka tak sedar akan perkataan2 yg pelik yg pembaca dan followernya tidak paham. hoho.. jd. yg baca nie, tak paham pun dan tak smpai mksud.. ^^. jd ape yg atie tahu. atie terangkan..

iQbal, kita link tanpa pengetahuan kamu.. arap kamu tak kisah.. yg pasal org bercakap kamu berfikiran singkat tu..saya rasa mungkin ade sedikit salag kefahaman. em. kita fikir positif jela pasal dia. em, abg hilal pon ade jugak mengalami masalah mcm kamu dalam entry dia yg nie
http://ms.langitilahi.com/perkongsian-kahwin-awal/

^^. arap kamu kuat! yuk.

wassalam

Related Posts with Thumbnails