Assalamualaikum....
em.. kita nie kadang2 tak cakna pon tarikh dalam bulan Islam. betul tak? atie pon mcm tu.. dan tak sedar pon. hari nie dah msuk 3 Zulhijjah.... dulu masa kecik2 dulu ade jugak nyanyi lagu bulan2 Islam.. ^^. muharram, safar, rabiulawal, rabiulakhir...................................................... sekian2 la. t kita nyanyi balik ea. nak cerita pasal kebaikan yg kita boleh ambil.. dan amal. kalu korang baca dan tak amal. tak guna jugak...
nie kasi tambah ilmu sikit..
| |
1 ZULHIJJAH | kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya. |
2 ZULHIJJAH | doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun. |
3 ZULHIJJAH | doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya |
4 ZULHIJJAH | Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat |
5 ZULHIJJAH | Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur. |
6 ZULHIJJAH | Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab. |
7 ZULHIJJAH | pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan. |
8 ZULHIJJAH, | Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui. |
9 ZULHIJJAH | turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang |
10 ZULHIJJAH | adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah. |
senang je.. nak dapat pahala.. tapi nawaitu.. tu kena betul kerana ALLAH!!! ALLAH yg terlalu kita cintai.. boleh kan... step by step.. hati kamu2 semua insyaALLAH akan menjadi tenang. atie doakan...
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupoun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).
so apa lg yg ditunggu.. esok kita try start.. boleh?????
jom remember back..bulan2 ISLAM..versi org MELAYU
nie versi Zain Bhikha
wassalam..semoga dapat manfaat ye.. ^^.
7 comments:
gua smpai skang x thu pun bulan2 dalam islam..sebab gua xpenah sekolh agama..nie skang dah tahu ckit2 sebab lu dah ajau gua..tq tq
tak sabar tgu 10 zulhijjah..hehe
Alhamdulillah...
korban..^^. hali laye.
semoga ALLAH merahmatimu.
Alhamudulilah..baru Lepat tahu sikit bulan2 islam dan kelebihannya.Thankz for sharing!
sama2 lepat.. moga tersebar ilmu yg serba sedikit ini ^^.
mantaps pokoke... hehehe
address j9a51s5p45 louis vuitton fake replica bags louis vuitton you can look here b7l85e6v39 Louis Vuitton fake Bags replica bags paypal accepted replica bags and shoes learn the facts here now v4c24v6i70 replica bags wholesale india
Catat Ulasan