Selasa, 14 September 2010

raya?? buat teman yg mmpunyai mak.. tp..




Assalamualaikum...

Buat seorang teman…. Di Hari Raya Aidilfitri ini berkemungkinan bagi kamu tidaklah seindah seperti orang lain. Aku mengerti dan aku fahami kerana aku tidak perah merasainya. Kehilangan seorang yang amat bermakna menyebabkan terasa sedikit kekurangan pada hari tersebut. Hidup ini andai tidak diuji bukanlah dinamakan satu kehidupan yang terpaksa kita lalui sebagai hambaNYA. Sesungguhnya DIA telah memilih kamu sebagai orang yang ingin diujiNYA kerana DIA tahu kamu kuat dan tabah menghadapi dugaan ini.. Kamu tahu sekiranya hambaNYA itu tidak diuji dengan cara itu maka hambaNYA akan diuji dengan dengan cara yang lain pula. Dan kamu tidak tahu.. malah mungkin lebih berat.. Duhai teman, sememangnya dugaan ini berat tapi janganlah terlalu bersedih kerana kamu masih ada orang lain disisi kamu. Kuatkan semangat. Jangan keterlaluan dalam memikirkan semua ini. Sekiranya kamu berputus harapan, orang yang memerlukan kamu disisi akan turut berputus asa.

Sahabat yang akan selalu memberi sokongan.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails