Isnin, 30 Ogos 2010

^^, "sedar atau tidak???????

~manfaat sepuluh malam terakhir~
~ramadhan jgan kau pergi~

Assalamualaikum..

Sekarang dah msuk 10 malam terakhir.. kejap je mase berlalu.. ramadhan akan meninggalkan kita.. dan syawal pula akan tiba.. sayang nye sekiranya masa ini.. kita tidak menggunakan ia dengan sebaik yang mungkin.. RUGI! jadi, kita harus mengambil peluang..

Melalui pembacaan saya dalam sebuah artikel:
doa-doa yang sunat dibaca ketika 10 ramadhan terakhir, sebelum kamu mula menyarungkan baju raya mu itu :)

Hari Ke-20
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”

Hari Ke-21
“Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”

Hari Ke-22

“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”

Hari Ke-23
“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”

Hari Ke-24
“Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.”

Hari Ke-25
“Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.”

Hari Ke-26
:”Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.”

Hari Ke-27
“Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.”

Hari Ke-28
“Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.

Hari Ke-29
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman


Aisyah bertanya Nabi SAW : “Wahai Rasulullah, jika aku mengetahui

tibanya malam al-Qadar, apakah yang kubaca ketika itu?” Nabi menjawab :
Berdoalah :
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memberi maaf, maka maafkanlah aku” (HR at-Tirmizi, an-Nasa’ie, Ibnu Majah dll)

Sinarilah ramadhanmu dengan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah. Sebab apa? sebab ketika ini pintu neraka ditutup, pintu syurga dibuka dan syaitan-syaitan diikat untuk memberi peluang kepada hambanya “membersihkan diri” kerana setiap amalan baik dan ibadah yang dilakukan pada bulan ini, pahalanya berlipat ganda. Wallahua’lam.

4 comments:

Sang Perantau dunia berkata...

aty,,jgn bt sy ngis,,hemmm menarik

di sebalik wajahku.. berkata...

syukur =)

anayilz berkata...

T_T

thanks sharing.

fatin dah lme xdapat on9 lama2.lptop window ftn xdapat connect tenet kat UKM.huhu.sekejap2 je gne kawan pnye.huhu.
so.da lme x'cuci hati'.sedey.='(

di sebalik wajahku.. berkata...

salam, mesti fatin guna vista takpon seven nih?? kan..2
takar xp je.. pantas dan tuntas! hehehehe.. takpela, tak dapat on9... asalkan..kita sentiasa ingat padaNYA dan.. selalu makin mendekatinya.. =) fatin cite eh msalah fatin tu eh, zaty nak tahu.

Related Posts with Thumbnails